BIDAS

RUANG ANARKISME ONLINE

Parti Sosialis Malaysia berPakatan Rakyat?

Kritik Parti Sosialis Malaysia berPakatan Rakyat

web-200x200

Parti politik sentiasa mengarut. Mengarut dari segi prinsip dan juga dari segi etika. Tiada satu pun parti politik yang wujud yang berjaya memberi kebebasan. Artikel ini walaubagaimanapun ditulis adalah bukan untuk menaikkan simpati terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM), tetapi adalah satu kritik terhadap PSM yang menyertai Pakatan Rakyat (PR).

PSM seperti kita sudah tahu mempunyai berbagai liku piku sejak penubuhan parti tersebut. Dari isu tidak dibenarkan untuk berdaftar sebagai parti politik, isu idealogi sosialisme, isu penggunaan tiju dalam bendera, isu tidak dibenarkan menggunakan bendera ketika bertanding hinggalah isu didiskriminasi dalam pakatan yang mereka sertai.

Ada yang berpendapat PSM menyertai PR adalah salah satu taktik dalam menjatuhkan rejim Barisan Nasional (BN). Tetapi sedarkah mereka mengenai parti lain yang menyertai PR? Mereka sudah tentu pasti dan tahu yang PR disertai oleh parti-parti yang bertentangan dengan prinsip sosialisme dukungan mereka. Parti Keadilan Rakyat (PKR) parti yang agak popular, diterajui oleh Anwar Ibrahim agak terkenal dengan cara mereka bekerja yang agak demokratik. Tetapi PKR juga terkenal dengan prinsip pro-kapitalisme. PKR dalam kenyataan mereka mahukan Free Trade Agreement (FTA) dilaksanakan. Ianya begitu bertentangan dengan prinsip PSM yang anti-kapitalisme dan antara parti utama yang memobilisasi masyarakat menyertai protes anti-FTA di Kuala Lumpur. Demokratik Action Party (DAP) pula juga terkenal dengan cara mereka yang demokratik dan lebih liberal serta lebih telus dalam pelaksanaan mereka. DAP juga tidak segan silu mengenai pendirian mereka yang juga pro-kapitalis. Parti Islam Semalaysia (PAS) pula, merupakan parti paling popular dikalangan golongan muslim. Mereka lebih mahu membuat Malaysia menjadi negara Islam dan tidak habis-habis berbicara mengenai pelaksanaan hukum Hudud dan syariah. Kewujudan dua hukum ini akan membuatkan kewujudan polis moral. Kaum wanita semestinya akan ditindas. Begitu juga dengan golongan LBGT, golongan liberal dan golongan kiri. Dari perspektif anarkis, PAS merupakan parti berhaluan kanan. Haji Hadi ketika ceramah di Kuala Terengganu sebelum pilihanraya, menyatakan yang mereka, yakni PAS, tidak akan bersekongkol dengan mana-mana kumpulan yang menyanjungkan ikon-ikon kafir seperti Karl Marx dan Vladimir Lenin. Hj Hadi tidak betul-betul menyebut yang beliau menujukan ucapan itu terhadap PSM tetapi semua orang tidak bodoh untuk tidak tahu siapa yang beliau maksudkan. PSM dan PAS begitu kontradik dalam soal ideologi.

Pada penamaan calon tempoh hari, PSM secara terang didiskriminasi oleh PKR. Apa yang terjadi pada calon mereka di Semenyih dan soal tidak dibenarkan menggunakan bendera terus menghampakan kepada penyokong parti tersebut dan turut membingungkan pemerhati politik lain.

983781_10151504302654755_1560817728_n

PSM adalah satu-satunya parti haluan kiri yang aktif. Segala titik peluh mereka bergerak dari akar umbi tidak perlu disangkal lagi. Mereka lebih aktif dalam bekerja bersama-sama dengan komuniti jika dibandingkan dengan parti-parti lain. Mereka juga cukup aktif dalam menganjurkan demonstrasi ketika May Day. PSM selalu mendapat simpati dari golongan kiri kerana selalu diperlekehkan oleh parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Tetapi, May Day 2013 cukup menghampakan. Mereka tidak seperti biasa, menganjurkan demonstrasi untuk May Day. Mereka nampaknya mahu mengfokuskan pilihanraya daripada menyambut May Day, yang merupakan hari raya dan tradisi bagi golongan haluan kiri. Tetapi, apa yang mereka perolehi ketika pilihanraya? Ianya bertukar menjadi sesuatu yang tidak diingini oleh mereka. Pilihanraya lepas hanyalah sesuatu yang cukup menghampakan untuk PSM. Bukan sahaja kerana keputusan, malah kritikan yang mereka terima daripada ”rakan” mereka di dalam Pakatan Rakyat.

Tapi persoalan yang harus dibincangkan adalah, mengapa dan kenapa PSM sanggup menyertai PR? Mengapa mereka sanggup bersekongkol dengan parti-parti yang betul-betul melanggar prinsip mereka? Adakah menjatuhkan BN lebih menjadi keutamaan daripada berpegang kepada prinsip mereka?

PSM seharusnya memenangi hati penyokong mereka dengan prinsip mereka. Walauapapun situasi, jika mereka berpegang teguh kepada prinsip mereka, mereka akan lebih dihormati. Mereka seharusnya lebih rasional dalam menyertai mana-mana pakatan. Lebih elok mereka bergerak sendiri dan menjadi 3rd force.

Berikut merupakan video Haji Hadi mengkritik parti politik yang berfahaman kiri:

Disclaimer: Diingatkan sekali lagi, artikel ini bukan bertujuan untuk menyokong mana-mana parti politik. Ianya hanya sekadar sebagai kritikan terhadap parti politik dan struktur mereka serta taktik mereka dalam menjatuhkan sesuatu rejim melalui pilihanraya dan menggantikannya dengan rejim mereka.

2 comments on “Parti Sosialis Malaysia berPakatan Rakyat?

  1. Fazer
    Aug 1, 2013

    Bro kenapa lu ckp hukum hudud and syariah akan menindas wanita?

  2. risalahbidas
    Sep 20, 2013

    kenapa hukum hudud dan syariah menindas perempuan? agama islam datang dari agama yg patriaki, yang mendahulukan lelaki, dan ciptaan kaum lelaki, semestinya, dan undang-undang syariah dan hudud adalah hasil produk agama islam. ia menindas wanita lebih dari undang-undang sivil sedia ada, kalu kamu faham, idea anarkisme menolak segala bentuk kontrol dari segala bentuk. undang-undang dari bentuk sivil atau agama, ditolak sama sekali kerana manusia, setiap manusia lahir bebas dan merdeka, dari sebarang agama. kami di Bidas bukan sahaja menkritik agama Islam, tetapi ke semua organized religion

Leave a comment

Information

This entry was posted on Jul 23, 2013 by in Pencerahan and tagged .