BIDAS

RUANG ANARKISME ONLINE

Greece: Kekejaman Polis di Protes Menentang Projek Perlombongan

B3I-SfIIAAZqE7

Greece

Satu demonstrasi menentang projek lombong Eldorado Gold’s Skouries di Halkidiki, Greece telah berhadapan dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis anti rusuhan. Lebih 1,500 protestan dari pelbagai umur berarak ke lokasi anak syarikat Eldorado, Hellas Gold, yang membina satu lombong emas dan lombong tembaga di tengah-tengah kawasan  yang sebelum ini merupakan lokasi hutan simpan. Hampir 180 hektar hutan telah ditebang untuk memberi laluan kepada projek perlombongan ini, kilang pemprosesan dan dua empangan besar. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, masyarakat tempatan dan solidariti dari luar telah menentang projek lombong ini dan mereka telah berhadapan dengan tentangan hebat oleh pihak berkuasa. Lebih 300 penduduk di sini menghadapi pertuduhan jenayah oleh kerana usaha mereka dalam menjaga alam persekitaran dan kesihatan komuniti mereka.

1966879_10201955833576402_9177423673103635178_n

Protes tersebut bermula pada sebelah petang dan demonstran telah memberi kejutan kepada polis apabila mereka berjaya membuka pintu masuk utama kawasan pembinaan kilang tersebut. Selepas itu, mereka telah diserang oleh polis anti-rusuhan dengan gas pemedih mata dan grenad kejutan.

B3Ju2j6IYAAIpVa

Demonstran telah ditolak ke kawasan luar dan pintu masuk telah ditutup, tetapi polis masih terus mengejar mereka di dalam kawasan hutan, menembak beberapa gas pemedih mata. Tetapi protestan tetap berkeras untuk tidak berganjak dan mereka berjaya berada di situ selama 3 jam, melaungkan slogan dan bersemangat walaupun mereka dihujani oleh gas pemedih mata. Kawasan tersebut telah dipenuhi oleh asap gas pemedih mata. Beberapa protestan mengalami masalah pernafasan dan salah seorang dari mereka terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Walaupun situasi amat tegang, demonstran-demonstran masih sempat berjenaka dan mereka menawarkan botol air kepada pihak polis dengan sepanduk yang tertera “Jangan pukul kami, kami bawa air untuk kalian, SOS HALKIDIKI!.”

B3JHJ0DIQAEfUNS

Ini merupakan protes besar-besaran pertama dalam waktu ini dan ianya membuktikan gerakan anti-perlombongan masih kukuh dan bersemangat dalam usaha menghalau Eldorado dari Halkidiki. Berdasarkan laporan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penyelaras: “Sekali lagi, hak untuk protes secara demokratik telah dikorbankan atas nama pembangunan.”

skouries-diadilosi-epeisodia-ximika

“Pihak polis Greece sekali lagi telah memainkan peranan dalam mempertahankan kapitalis, dengan melakukan serangan ganas terhadap protestan yang tidak bersenjata. Kami berhak mempertahankan tanah dan kehidupan kami. Tidak kira berapa banyak kekerasan yang mereka gunakan, kami tetap akan terus melawan, hingga ketitisan terakhir. Lambat laung, penjenayah di Halkidiki akan menerima padah atas kelakuan mereka.”

skouries-epeisodia-astynomia-320x214

skouries-epeisodia-ginaika

10547632_1514226198831580_7733687408788356017_n

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 30, 2014 by in anti perlombongan, Eropah, Greece, Protes and tagged , , , .
%d bloggers like this: