BIDAS

RUANG ANARKISME ONLINE

Kenyataan Antifa London berkenaan serangan di Parliament oleh Islamofasis (England)

screen-shot-2015-01-09-at-13-26-58

 

Pada 22 Mac, satu serangan di Parliament telah mengorbankan empat nyawa dan beberapa orang telah cedera. Tidak lama kemudian Tommy Robinson, bekas kepala English Defense League, muncul dengan melalak mengenai pertembungan budaya dan perang menentang semua Muslim. Ia kemudian dituruti oleh satu pengumuman mengenai perarakan yang dirancang oleh Britain First di London.
Berikut merupakan kebenaran mengenai hal ini. Golongan yang digelar patriot amat senang dengan apa yang telah tejadi. Apa yang dilakukan oleh seorang fanatik telah memberi mereka peluang yang mereka idamkan dan mula mewujudkan konflik dikalangan masyarakat. Mereka membina kembali kejatuhan gerakan mereka melalui darah dan air mata masyarakat jelata, dan mereka menggunakan serangan ini sebagai alasan menghalalkan keganasan yang mereka telah lakukan terhadap masyarakat Muslim di negara ini.
Tetapi, kami tidak akan membiarkan mereka
Grup kami dan network di sini tahu reactionary idelogy berdasarkan serangan di London ini. Sekarang segala teriakkan sayap kanan menghala ke arah kami, menyatakan yang kami bersalah kerana toleransi kami terhadap “ekstrimis Islam” atau usaha kami membantu pelarian. Kenyataan tersebut wujud atas anggapan berlakunya pertembungan budaya di negara ini, dan ‘budaya English’ dan ‘budaya Muslim’ tidak selari dan perang tidak dapat dielak.
Ini semua adalah pembohongan.
Komrade kami dari gerakan Anti-Fascist dan dari grup kami sekarang sedang berjuang berhampiran Raqqa, ibukota ISIS. Mereka berjuang bersama brigade internasional yang wujud tanpa mengenal negara, agama dan jantina. Mereka berjuang bersama komrad Muslim di dalam YPG berlandaskan semangat internasionalisme kelas pekerja, dan itu adalah semangat yang kita mahukan. Perjuangan mereka merupakan satu perjuangan menentang satu kuasa yang cuba memecahkan komuniti mengikut etnik, dan ia merupakan satu perjuangan menentang sesiapa sahaja yang cuba menindas minoriti Yazidi di Iraq, sama seperti menentang penindas yang membakar masjid kerana membenci Muslim.
Sekarang, golongan fasis menghulurkan tangan mereka secara terbuka terhadap masyarakat kebiasaan. Ia merupakan tangan yang sama membuka gas di Auschwitz. Kita harus menolak pelawaan mereka dengan api kemarahan dan mula menanam di dalam diri semangat internasionalisme kelas pekerja. Tanpa merempuh fasis di jalanan dan menyediakan alternatif terhadap golongan kelas pekerja, kita akan tewas dan segala bayang-bayang lalu akan mula wujud di jalanan.
Kami menyeru semua untuk mengambil “They Shall Not Pass!” sebagai slogan dan menghapuskan percubaan Britain First menghantui masyrakat London. Kami berdiri bersama semua anti-fasis yang mahu menamatkan fasisme walau apa jua sekalipun. Halang stesyen, mereka tidak boleh lepas.
via London Antifa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 10, 2017 by in Uncategorized.

Navigation

%d bloggers like this: