BIDAS

RUANG ANARKISME ONLINE

Penduduk Kampung Diludah – Kg Chubadak Kena Rempuh Dengan DBKL & Polis!

makcik

Gila kaw.

Habis roboh rumah makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik yang teraniaya. Aku tak tau la apa puak-puak kapitalis babi ni fikir kat otak dorang. Betul aku tak tau. Walaupun aku tak nafikan duit penting tapi aku tak faham duit apa yang sanggup lead tindakan kau sampai menganiaya orang miskin apa semua?

Sebelum korang semua nak memekak salahkan perhatian tertumpu kepada dua kes pertuduhan yang membabitkan pembangkang, aku nak cakap sesuatu.

Pertama. Perhatian tidak tertumpu kepada dua kes pertuduhan tersebut.

Kedua. Yang beria-ria menumpukan perhatian kepada kes-kes tersebut ialah geng-geng partisan dalam bilangan yang biasa-biasa saja.

Ketiga. Media yang beria-ria tumpu kemaskini perkara tu di laman berita masing-masing sebab tu kau rasa perhatian terarah ke situ.

Keempat. Dah kalau ko baca itu, itu je la yang ko nampak.

Bagi aku. Kes semalam, kes pertuduhan dan kes perobohan ni sebenarnya tiada kaitan langsung antara satu sama lain. Aku tak bersetuju pun dengan demo semalam tapi tak la buta-buta nak kaitkan segala. Dan ramai lagi yang tak layan dua kes mahkamah yang mana perbicaraannya sedang berjalan, so yang ramai-ramai ni la yang patut concern tentang apa yang berlaku di Kg Chubadak. Kalau berdekatan, minta tolong apa yang patut. Kalau berjauhan, minta tolong viralkan isu perobohan rumah miskin rakyat tertindas.

Satu lagi. Aku meluat la dengan geng-geng BN dok tuduh-tuduh kononnya DBKL robohkan rumah warga asing pendatang tanpa izin. Macam lahanat. Jari bukan saja takde insurans bahkan minta aku potong jari-jari celaka tu. Tanpa izin kepala hotak kaw.

Ini permainan depa sekarang. Tujuan?

Nak alih taktik. Supaya orang tak salahkan DBKL dan FRU. Supaya masyarakat awam tak rasa simpati pada golongan miskin yang tertindas itu.

Keji gila beb. Sampai meludah orang kampung.

Gambar kerja2 perobohan sedang berlangsung ;

1016479_756682157730369_3229041703085246505_n

1146538_10201896878822843_5354119082635175416_n

1461467_10201896825301505_1927384161927086410_n

10426192_10201896625616513_3535466102613133947_n

10711112_10201896705098500_6727899669330904761_n

10730769_10201896886023023_7437086716315021839_n

roboh

Antara maklumat yang aku berjaya kutip dari rakan-rakan yang berada di lokasi.

1. Beberapa pihak termasukla Fahmi Zainol kena tahan.

2. Sebab menghalang perobohan dari berlaku.

3. Namun roboh tetap roboh. Rumah makcik Wahidah yang ada poster dia tu dulu dah selamat dirobohkan oleh DBKL tanpa rasa bersalah.

4. Dan puluhan rumah lain bakal dirobohkan satu persatu selepas ni.

5. Ada yang main robohkan rumah dari arah belakang meskipun barang-barang tak sempat dikeluarkan lagi.

6. Rundingan gagal untuk menghalang perobohan.

7. Kg. Chubadak ditarifkan sebagai setinggan (haram) pada tahun berapa aku tak ingat, tapi sebelum tu kawasan perkampungan tu dianggap perkampungan warisan melayu di ibu kota. Ia mula tukar ‘ketarifan’ sebab kapitalis berjaya memiliki tanah tersebut untuk tujuan komersil.

8. Bila dah dicop sebagai setinggan maka pampasan yang diterima pun taraf-taraf setinggan je la. Jenis kalau ko tengok amount dia pun ko rasa macam lahanat punya YTL.

9. Aku perasan. Dah lama aku perasan. Aku tengok DAP tak peduli langsung dengan apa yang berlaku di Kg. Chubadak. Kau rasa sebab bangsa ke? Agama ke? No. Bukan itu. Tapi sebab YTL. YTL dan DAP ada hubungan terlarang aku rasa. Perlawanan kuat datang dari PAS. Yang PKR melalui Tian Chua dan aktivis-aktivis rakyat dan PSM. DAP memang aku tak perasan langsung penglibatan mereka. Atau aku ketinggalan.

10. Sekarang yang kena roboh rumah-rumah ni tak tau nak mengadap kat mana. Mereka bukan sahaja perlu berpindah ke tempat baru, bahkan kena tanggung hutang. Kalau yang makcik-makcik, pakcik-pakcik yang dah tua, uzur, tak mampu nak pinjam loan bank, ke mana arah mereka selepas neh?

Nampak?

Faham tak?

Ada orang miskin. Tertindas kat sini. Macam mana nak tolong dorang. Cuba fikirkan. Aku dah penat membebel ni. Penat. Aku dah tak tau nak buat apa dah untuk tolong dorang ni. Sedangkan mereka perlukan kita. Tapi apa je kita boleh buat untuk halang kezaliman tu. Tengok? Kemudian, gaduh sesama sendiri. Ataupun salahkan sesama sendiri. Atau apa? Entah. Aku dah tatau apa-apa dah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 30, 2014 by in anti-pengusiran, Protes, Sejarah and tagged , , .
%d bloggers like this: