BIDAS

RUANG ANARKISME ONLINE

Occupy Dataran diserang DBKL, fasis dan perihal SMM.

Selepas serangan golongan sayap-kanan pada pagi 19 April lepas yang enyebabkan beberapa peserta gerakan Occupy Dataran cedera, kini muncul pula golongan sayap-kanan yang berlesen menyerang.

Pada 22 April, dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi. Pada tarikh tersebut 2 peserta ditahan.

Kemudian pada 24 April,  4 lagi peserta ditahan oleh DBKL dan polis. Beberapa barang lain seperti makanan dan minuman serta khemah mereka dirampas.

Peserta gerakan Occupy Dataran bercadang untuk terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga demonstrasi besar-besaran Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada Sabtu 28 April dan juga May Day pada 1 Mei.

Dalam perspektif anarkis, Occupy Dataran sebenarnya telah dicemari oleh kelibat Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang tidak mengambil peduli cara gerakan Occupy Dataran bergerak iaitu dengan setiap aksi atau tindakan harus ditentukan melalui konsensus setiap peserta. Apabila SMM mula menyertai gerakan Occupy, beberapa tindakan seperti memberi ceramah agama (hanya agama Islam), membuat kenyataan media tanpa berbincang, mengalu-alukan kedatangan ahli politik, mengamalkan sistem patriaki, mengamalkan sistem hierarki telah membuatkan beberapa peserta Occupy menjadi kurang selesa dengan sikap mereka. Walaupun ditegur, SMM bagaikan satu parti politik yang ingin cuba untuk menjadi ‘tuan’ dalam gerakan Occupy.

Pujian juga harus diberikan kepada peserta-peserta yang lain yang masih tegar untuk tidak membiarkan SMM menjadi bos dalam gerakan ini. Food Not Bombs Kuala Lumpur juga turut turun dalam membahagikan makanan kepada peserta Occupy pada Ahad lepas. Peserta Occupy harus diberi sokongan semenjak beberapa tindakan ganas golongan sayap kanan. Golongan fasis ini sudah tentu akan menyerang lagi dan ketika itu, sesiapa sahaja yang menggelar diri mereka Antifasis harus turun mempertahankan golongan yang ditindas.

Leave a comment

Information

This entry was posted on Apr 25, 2012 by in Protes and tagged .