BIDAS

RUANG ANARKISME ONLINE

Laporan Demo Fasis “HoGeSa” 26.10.2014 di Cologne, Jerman

image71

Pada Ahad 26 Oktober 2014, kumpulan fasis yang dikenali dengan nama HoGeSa (Hooligans Gegen Salafisten/BM: Hooligan Tolak Salafisme) telah berdemo dan berarak di tengah bandar Cologne, Jerman. Hampir seribu menyertai demo tersebut dan majoriti dari mereka penyokong parti kanan ekstremis Partei Pro NRW (Nordrhein-Westfalen). Kebanyakkan mereka juga datang dari kumpulan radikal sayap kanan yang berbeza pendapat dan kebiasaannya mereka bergaduh sesama sendiri. Pada demo tersebut, mereka menggunakan persamaan terhadap fahaman mereka sebagai motto untuk mereka bersatu dan cuba mengelak pertelangahan sesama sendiri.

Bagi mencapai matlamat tersebut, mereka melarang sebarang simbol berkaitan kelab bolasepak yang mereka sokong. Mereka hanya membenarkan bendera Jerman dan apa-apa berkaitan nasionalisme dan fasisme digunakan ketika demonstrasi. Simbol-simbol tersebut dibawa bagi menaikkan api anti-Islam mereka dan melambangkan penyatuan mereka terhadap konsep nasionalisme. Mereka melaungkan slogan “Kami tidak mahu babi Salafi”, “Pendatang/alien berambus” dan juga “Merdeka, sosial dan nasional.”

Mereka berarak dengan kain rentang dan simbol nasionalis, dan pada demo tersebut, kumpulan rock neo-Nazi “Kategorie C”, turun membuat persembahan.

Hooligans-salafisten-koeln-dpa

Semangat mereka membuak-buak dari mula demo tersebut, dan situasi menjadi makin tegang dari masa ke semasa. Mereka mula membaling bom asap, botol dan basikal, dan kemudian mereka menebalikkan kereta peronda polis. Pihak polis yang hadir ketika itu amatlah kecil jumlahnya dan mereka menghadapi masalah mengawal protestan. Pihak polis menggunaka water cannon, baton dan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.

Menurut wartawan, keadaan menjadi bahaya dan ada diantara mereka diserang dan ada diantara mereka mengalami kecederaan serius.

Kumpulan Antifa turut turun bagi menghalang daripada demo tersebut diteruskan tetapi mereka hadir dalam kuantiti yang kecil.

Golongan sayap kanan menegaskan bahawa mereka tetap berpegang kepada kepercayaan yang Muslim adalah penjenayah dan segala permasalahan di Jerman datang dari pendatang asing.

125748

Pihak polis melaporkan seramai 44 anggota mereka cedera dan 17 orang telah ditahan. Pihak media perdana di Jerman pula menyatakan demo tersebut adalah bukan demo Nazi, tetapi menyatakan protestan yang hadir adalah peminat bolasepak yang cintakan negara Jerman dan demo tersebut wujud atas dasar patriotik.

Masyarakat patut memberi reflek terhadap kejadian tersebut dan harus bertindak kerana HoGeSa telah menyuarakan yang mereka akan berdemonstrasi di Berlin pada 9 November ini, dan kemudian di Hamburg pada 15 November. Menurut mereka, 3,000 orang telah mengesahkan akan hadir pada demo di Hamburg dan antara yang datang adalah dari seluruh Jerman dan juga fasis-fasis dari negara jiran seperti Britain, Belanda, Belgium, Poland, Austria, Switzerland dan Republik Czech. Konfrantasi dijangka berlaku kerana golongan Antifasis di sini dan dari negara berdekatan akan hadir bagi menghalang demo fasis ini dari berlangsung.

hogesa

Melalui perspektif anarkis, konsep dan pengaruh agama harus ditolak tetapi manusia bebas mengamalkan kepercayaan mereka selagi tidak mengganggu hak orang lain. Pemahaman fasis di Eropah terhadap Islam dan pendatang amatlah cetek dan terlampau mudah, dan ianya wujud di pemikiran mereka disebabkan kepercayaan melulu mereka terhadap idea patriotisme dan nasionalisme, tanpa mengambil kira permasalahan sebenar (kelas, kapitalisme dan hierarki) di dalam masyarakat. Ia sama sahaja dengan apa yang terjadi di Malaysia apabila fasis menyalahkan kaum minoriti seperti golongan Kristian dan pendatang asing.

Berikut kami sediakan beberapa foto demo fasis HoGeSa di Cologne tempoh hari.

Hooligan-Demo-gegen-Salafisten

nohogesa

 

Hooligandemo eskaliert in Köln

image

Hooligans-gegen-Salafisten-

cologne-9.h

28881802,29961536,highRes,maxh,480,maxw,480,HoGeSa5

28856366,29797757,highRes,01K+03_71-75852010_ori

1.bild

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 30, 2014 by in anti-fasisme, Eropah, Uncategorized and tagged , , .
%d bloggers like this: