BIDAS

RUANG ANARKISME ONLINE

Komrad ZAD Terbunuh Ketika Konfrantasi Polis, Perancis

aOvzY6kfjo8u361tXvnxJTl72eJkfbmt4t8yenImKBVvK0kTmF0xjctABnaLJIm9

17 jam selepas serangan polis terhadap resistansi ZAD di Testet, selatan Perancis, seorang komrad ZAD berusia 21 tahun didapati terkorban. Menurut seorang saksi, mereka melihat seorang komrad tumbang ketika konfrantasi dan polis telah mengambil komrad tersebut.

Pada hari Sabtu 25 Oktober, 5,000 orang datang dari serata Perancis berkumpul di Testet sebagai tanda protes terhadap projek empangan dan tindakan kejam pihak autoriti terhadap perjuangan ZAD, yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pihak polis menyerang protestan dan mengusir mereka, dan ada sesetengah militan bertempur dengan polis hingga lewat malam. Polis menyerang mereka menggunakan peluru getah, bom asap pemedih mata. Beberapa protestan telah cedera teruk.

Pada waktu malam, pihak bomba dan polis menyatakan mereka menemui satu mayat di kawasan belukar tetapi menurut saksi, pihak polis menemui mayat tersebut di kawasan sekatan polis.

arton1861-e1582

“Seorang saksi memberitahu, dia nampak seseorang telah tumbang ketika konfrantasi dan mangsa diambil oleh polis” ujar Ben has Lefetey, jurucakap untuk Kolektif Menjaga Tanah Testet ketika sidang media pada pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan, persatuan Aksi untuk Alam berkata “Kami boleh perhati setelah beberapa minggu menghadapi keganasan polis tanpa henti dan kadang-kadang diluar batas bidang kuasa mereka (surat identiti dan pembakaran efek personal, tidak hormat area private…), pihak polis sekali lagi menggunaka peluru getah, stun grenad dan gas pemedih mata, walaupun kejadian tersebut di kawasan yang tidak perlu bertindak sedemikian. Kehadiran polis bagi kami merupakan satu provokasi yang boleh mengundang tragedi.”

“Berdasarkan info yang kami perolehi, mangsa terkorban ketika pertembungan dengan polis dalam jam 2.00 pagi. Kami tidak berkata pihak berkuasa telah membunuh protestan tersebut tetapi saksi menyatakan, mangsa terkorban ketika konfrantasi berlangsung.” ujar Ben Lefetey kepada AFP menerusi telefon. Beliau yang datang dari kumpulan menyelamatkan hutan di Testet dari pembinaan empangan juga memberitahu “kami tiada sebarang info punca kematian.”

arton6494-93fbb

Ketika dihubungi, pihak berkuasa tidak mahu memberi sebarang komen. Pihak pendakwa di Albi, Claude Derens juga mengelak dari memberi sebarang komen. Menurut beliau “keputusan autopsi akan dikeluarkan pada keesokkan hari (Isnin).” Menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan, mangsa yang terkorban adalah pemuda berusia 21 tahun dan turut serta dalam konfrantasi pada waktu malam.

“Empangan tersebut akan ditenggelami 1.5 juta m³ air. Mobilisasi ini berkait dengan pembinaan lapangan terbang baru yang terpaksa berhenti pada 2012. Sejak 1 Sepetember, protes telah dibuat di kawasan ini. Projek ini disokong oleh Suruhanjaya Tarn. Penentang projek ini menyatakan ia adalah projek yang membazr tetapi menurut mereka, hanya sebilangan petani yang megamalkan agrilultur.”

“Kolektif di Paris menyokong resistansi dan bersimpati terhadap perjuangan Testet. Berdasarkan info, salah seorang dari kami telah terkorban pada malamnya apabila ZAD Testet bertembung dengan polis. Tiada maaf pada apa yang telah berlaku.”

Protes besar-besaran diumumkan pada Ahad lepas.

B0uWR6iIQAAsL1G

B0zMCLJIMAAoMbG

By-azQ5IcAERRp7

By-azW_IIAE7Yy7

By-azYfIYAANcVd

Byu11MPCQAAHiM-

ByxpHVsIgAAckiP

ByxpGvzIEAEOBrd

ByWPoWTCIAAd1nV

ByWPowjCUAE-Sg8

ByWPoe4CMAEPmw_

Byu11TNCEAELOb4

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 28, 2014 by in anti-pengusiran, Eropah, Protes, Taktik Teknik, Temuramah, Uncategorized and tagged , , .
%d bloggers like this: